Friday 4 March 2016

Al Quran Indonesia. 072. Surah Al Jin (Kaum Golongan Jin)...

Al Quran Indonesia. 072. Surah Al Jin (Kaum Golongan Jin)...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Telah diwahyukan kepadaku,
bahawa sesungguhnya, satu rombongan jin telah mendengar
(Al Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu
kepada kaumnya dengan) berkata, " Sesungguhnya kami telah
mendengar Al Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan
kandungannya sungguh menakjubkan !

2@ Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami
beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan
mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

3@ Dan (ketahuilah wahai kaum kami !) Bahawa sesungguhnya,
tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada
beristeri atau beranak."

4@ " Dan (dengan ajaran Al Quran nyatalah) bahawa
sesungguhnya, (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari
kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang
melampaui kebenaran,

5@ Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka
bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani
mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

6@ Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan)
beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya
dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat."

7@ " Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia
menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak
sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan
membangkitkan manusia pada hari kiamat).

8@ Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita
langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-
pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-
rejaman) api yang menyala."

9@ " Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-
tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan
penduduknya), maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan
mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

10@ Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah
(dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan
bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka
hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka ?"

11@ " Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara
kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita
yang lain dari itu, kita masing-masing adalah menurut jalan
dan cara yang berlainan.

12@ Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa
kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan
Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita
juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari
balasanNya (walau ke langit sekalipun)."

13@ " Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk
(Al Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh
lagi), kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka
tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai
amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang
kesusahan.

14@ Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al Quran,
nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan
ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari
jalan yang benar, maka sesiapa yang menurut Islam (dengan
beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-
sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

15@ Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar,
maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam."

16@ (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi), “ Dan bahawa
sesungguhnya ! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan
betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan
mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat
kepada mereka.

17@ (Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan
menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa
yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul
menurut Islam), dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari
mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar derhaka, maka)
Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

18@ Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat
kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah
sesiapapun bersama-sama Allah."

19@ “ Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi
Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-
hampir menindih satu sama lain mengerumuninya.”

20@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Sesungguhnya aku hanyalah
beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak
mempersekutukanNya dengan sesiapapun.”

21@ Katakanlah lagi, ” Sesungguhnya aku tidak berkuasa
mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa
mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu."

22@ Katakanlah lagi, “ Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali
akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab)
Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-
kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

23@ (Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah
dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku
menyampaikannya), dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan
ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan
baginya neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya selama-
lamanya."

24@ (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau
lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila
mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka
(pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang
lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

25@ (Kalau ditanya bilakah azab itu ? Maka) katakanlah, “ Aku
tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu
itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya
satu tempoh yang lanjut.

26@ Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia
tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada
sesiapapun,

27@ Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk
mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan
tugasnya, apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka
Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-
malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib
itu selamat sampai kepada yang berkenaan)."

28@ “ (Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia
mengetahui bahawa sesungguhnya (dengan jagaan mereka) Rasul-
rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka,
(dengan sempurna), padahal Ia memang mengetahui dengan
meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia
menghitung tiap-tiap sesuatu, satu persatu.”


*****

[English Version of Al Quran] 072. Surah Al Jinn (The Jinn
Tribe)...

1@ Say (O Muhammad), " It has been revealed to me that a group
(from three to ten in number) of jinns listened (to this
Qur'an). They said, " Verily ! We have heard a wonderful
Recital (this Qur'an) !"

2@ " It guides to the Right Path, and we have believed
therein, and we shall never join (in worship) anything with
our Lord (Allah).

3@ And exalted be the Majesty of our Lord, He has taken
neither a wife, nor a son (or offspring or children)."

4@ " And that the foolish among us [i.e. Iblis (Satan) or the
polytheists amongst the jinns] used to utter against Allah
that which was wrong and not right.

5@ And verily, we thought that men and jinns would not utter
a lie against Allah."

6@ " And verily, there were men among mankind who took shelter
with the masculine among the jinns, but they (jinns) increased
them (mankind) in sin and disbelief.

7@ And they thought as you thought, that Allah will not send
any Messenger (to mankind or jinns)."

8@ " And we have sought to reach the heaven, but found it
filled with stern guards and flaming fires.

9@ And verily, we used to sit there in stations, to (steal) a
hearing, but any who listens now will find a flaming fire
watching him in ambush."

10@ " And we know not whether evil is intended for those on
earth, or whether their Lord intends for them a Right Path."

11@ " There are among us some that are righteous, and some the
contrary, we are groups each having a different way (religious
sect, etc.).

12@ And we think that we cannot escape (from the punishment
of) Allah in the earth, nor can we escape (from the
punishment) by flight."

13@ " And indeed when we heard the Guidance (this Qur'an), we
believed therein (Islamic Monotheism), and whosoever believes
in his Lord shall have no fear, either of a decrease in the
reward of his good deeds or an increase in punishment for his
sins.

14@ And of us some are Muslims (who have submitted to Allah,
after listening to this Qur'an), and of us some are Al Qasitun
(disbelievers those who have deviated from the Right Path).
And whosoever has embraced Islam (i.e. has become a Muslim by
submitting to Allah), then such have sought the Right Path."

15@ " And as for the Qasitun (disbelievers who deviated from
the Right Path), they shall be firewood for Hell,

16@ If they (non Muslims) had believed in Allah, and went on
the Right Way (i.e. Islam). We should surely have bestowed on
them water (rain) in abundance."

17@ That We might try them thereby. And whosoever turns away
from the Reminder of his Lord (i.e. this Qur'an, and practice
not its laws and orders), He will cause him to enter in a
severe torment (i.e. Hell).

18@ And the mosques are for Allah (Alone), so invoke not
anyone along with Allah.

19@ (It has been revealed to me that) When the slave of Allah
(Muhammad) stood up invoking (his Lord Allah) in prayer to Him
they (the jinns) just made round him a dense crowd as if
sticking one over the other (in order to listen to the
Prophet's recitation).

20@ Say (O Muhammad), " I invoke only my Lord (Allah Alone),
and I associate none as partners along with Him."

21@ Say, " It is not in my power to cause you harm, or to
bring you to the Right Path."

22@ Say (O Muhammad), " None can protect me from Allah's
punishment (if I were to disobey Him), nor should I find
refuge except in Him.

23@ (Mine is) but conveyance (of the truth) from Allah and His
Messages (of Islamic Monotheism), and whosoever disobeys Allah
and His Messenger, then verily, for him is the Fire of Hell,
he shall dwell therein forever."

24@ Till, when they see that which they are promised, then
they will know who it is that is weaker concerning helpers and
less important concerning numbers.

25@ Say (O Muhammad), " I know not whether (the punishment)
which you are promised is near or whether my Lord will appoint
for it a distant term.

26@ (He Alone) the All Knower of the Gha'ib (unseen), and He
reveals to none His Gha'ib (unseen)."

27@ Except to a Messenger (from mankind) whom He has chosen
(He informs him of unseen as much as He likes), and then He
makes a band of watching guards (angels) to march before him
and behind him.

28@ [He (Allah) protects them (the Messengers)], till He sees
that they (the Messengers) have conveyed the Messages of their
Lord (Allah). And He (Allah) surrounds all that which is with
them, and He (Allah) keeps count of all things (i.e. He knows
the exact number of everything).


======

Dictionary+Kamus Bahasa.[@20 WordRules]

No comments:

Post a Comment