Wednesday 2 March 2016

Al Quran Indonesia. 056. Surah Al Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan)...

Al Quran Indonesia. 056. Surah Al Waqi’ah (Peristiwa yang
Tidak Dapat Dielakkan)...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Apabila berlaku hari kiamat itu,

2@ Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

3@ Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang
ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

4@ (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar
goncangan.

5@ Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-
leburnya,

6@ Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

7@ Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan
keadaannya),

8@ Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak
pihak kanan itu ?

9@ Dan puak pihak kiri, alangkah seksanya keadaan puak pihak
kiri itu ?

10@ Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah
mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan
mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat
kelak),

11@ Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi
Allah),

12@ (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh
nikmat.

13@ (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia
yang terdahulu,

14@ Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang
kemudian.

15@ (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta
kebesaran yang bertatahkan permata,

16@ Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

17@ Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap
kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar
di sekitar mereka,

18@ Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta
piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari
sungainya yang mengalir.

19@ Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk
dengan sebab menikmatinya.

20@ Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-
jenis yang mereka pilih,

21@ Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

22@ Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik
parasnya,

23@ Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

24@ (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang
mereka telah kerjakan.

25@ Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan
yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa,

26@ Mereka hanya mendengar ucapan, ” Selamat ! Selamat !”
(dari satu kepada yang lain).

27@ Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan
itu ?

28@ Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang
tidak berduri.

29@ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

30@ Dan naungan yang tetap terbentang,

31@ Dan air yang sentiasa mengalir,

32@ Serta buah-buahan yang banyak,

33@ Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang
mendapatnya,

34@ Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

35@ Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa,

36@ Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah
disentuh),

37@ Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

38@ (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan,

39@ Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

40@ Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang
kemudian.

41@ Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu ?

42@ Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang
menggelegak,

43@ Serta naungan dari asap hitam,

44@ Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

45@ Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan
(dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

46@ Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

47@ Dan juga mereka selalu berkata, “ Adakah sesudah kita mati
serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan
dibangkitkan hidup semula ?"

48@ “ Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan
dibangkitkan hidup semula) ?“

49@ Katakanlah (kepada mereka), “ Sesungguhnya orang-orang
yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

50@ Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan (pada
hari kiamat yang termaklum)."

51@ “ Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat
yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

52@ Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok,
iaitu pokok zaqqum,

53@ Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit
buahnya) itu,

54@ Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang
menggelegak,

55@ Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit
sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.”

56@ Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut
mereka pada hari Pembalasan itu.

57@ Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada
ada, wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu
percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

58@ (Mengapa kamu masih berdegil ?) Tidakkah kamu memikirkan
keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim) ?

59@ Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang
menciptakannya ?

60@ Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian
(tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali
dapat dikalahkan atau dilemahkan,

61@ (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-
orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan
berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu
tidak mengetahuinya.

62@ Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang
ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu
mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu
dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup
semula pada hari akhirat kelak).

63@ Maka (mengapa kamu masih berdegil ?) Tidakkah kamu melihat
apa yang kamu tanam ?

64@ Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang
menumbuhkannya ?

65@ Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan
tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan
itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

66@ (Sambil berkata), “ Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

67@ Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil).“

68@ Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu
minum ?

69@ Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau
Kami yang menurunkannya ?

70@ Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka
ada baiknya kalau kamu bersyukur.

71@ Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan
(dengan cara digesek) ?

72@ Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang
menumbuhkannya ?

73@ Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu
sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran
hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada
orang-orang musafir.

74@ Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah
dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur
akan nikmat-nikmatNya itu).

75@ Maka Aku bersumpah, " Demi tempat-tempat dan masa-masa
turunnya bahagian-bahagian Al Quran,

76@ Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar,
kalaulah kamu mengetahuinya,

77@ Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah
Al Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan
pimpinan),

78@ Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

79@ Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang
diakui bersih suci,

80@ Al Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

81@ Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap
sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al Quran ini ?

82@ Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti)
bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan
ajarannya) ?

83@ Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari
kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya,

84@ Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya)
menyaksikan keadaannya,

85@ Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu
tidak melihat,

86@ Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak
dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),

87@ Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika
betul kamu orang-orang yang benar ?

88@ Kesudahannya, jika ia (yang mati itu) dari orang-orang
” Muqarrabiin“,

89@ Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat
kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

90@ Dan jika ia dari puak kanan,

91@ Maka (akan dikatakan kepadanya), ” Selamat sejahtera
kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.”

92@ Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya),
lagi sesat,

93@ Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air
panas yang menggelegak,

94@ Serta bakaran api neraka.

95@ Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran
yang diyakini.

96@ Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang
Maha Besar.


*****

[English Version of Al Quran] 056. Surah Al Waqi'ah (The
Event)...

1@ When the Event (i.e. the Day of Resurrection) befalls.

2@ And there can be no denying of its befalling.

3@ It will bring low (some), (and others) it will exalt,

4@ When the earth will be shaken with a terrible shake.

5@ And the mountains will be powdered to dust.

6@ So that they will become floating dust particles.

7@ And you (all) will be in three kinds (i.e. separate
groups).

8@ So those on the Right Hand (i.e. those who will be given
their Records in their right hands), Who will be those on the
Right Hand ? (As a respect for them, because they will enter
Paradise).

9@ And those on the Left Hand (i.e. those who will be given
their Record in their left hands), Who will be those on the
Left Hand ? (As a disgrace for them, because they will enter
Hell).

10@ And those foremost [(in Islamic Faith of Monotheism and in
performing righteous deeds) in the life of this world on the
very first call for to embrace Islam,] will be foremost (in
Paradise).

11@ These will be those nearest to Allah.

12@ In the Gardens of delight (Paradise).

13@ A multitude of those (foremost) will be from the first
generations (who embraced Islam).

14@ And a few of those (foremost) will be from the later time
(generations).

15@ (They will be) on thrones woven with gold and precious
stones,

16@ Reclining thereon, face to face.

17@ They will be served by immortal boys,

18@ With cups, and jugs, and a glass from the flowing wine,

19@ Wherefrom they will get neither any aching of the head,
nor any intoxication.

20@ And fruit, that they may choose.

21@ And the flesh of fowls that they desire.

22@ And (there will be) Houris (fair females) with wide,
lovely eyes (as wives for the pious),

23@ Like unto preserved pearls.

24@ A reward for what they used to do.

25@ No Laghw (dirty, false, evil vain talk) will they hear
therein, nor any sinful speech (like backbiting, etc.).

26@ But only the saying of, " Salam !, Salam ! (greetings with
peace) !"

27@ And those on the Right Hand, Who will be those on the
Right Hand ?

28@ (They will be) among thornless lote trees,

29@ Among Talh (banana trees) with fruits piled one above
another,

30@ In shade long extended,

31@ By water flowing constantly,

32@ And fruit in plenty,

33@ Whose season is not limited, and their supply will not be
cut off,

34@ And on couches or thrones, raised high.

35@ Verily, We have created them (maidens) of special
creation.

36@ And made them virgins.

37@ Loving (their husbands only), equal in age.

38@ For those on the Right Hand.

39@ A multitude of those (on the Right Hand) will be from the
first generation (who embraced Islam).

40@ And a multitude of those (on the Right Hand) will be from
the later times (generations).

41@ And those on the Left Hand Who will be those on the Left
Hand ?

42@ In fierce hot wind and boiling water,

43@ And shadow of black smoke,

44@ (That shadow) neither cool, nor (even) good,

45@ Verily, before that, they indulged in luxury,

46@ And were persisting in great sin (joining partners in
worship along with Allah, committing murders and other crimes,
etc.)

47@ And they used to say, " When we die and become dust and
bones, shall we then indeed be resurrected ?"

48@ " And also our forefathers ?"

49@ Say (O Muhammad), " (Yes) verily, those of old, and those
of later times.

50@ All will surely be gathered together for appointed Meeting
of a known Day."

51@ " Then moreover, verily, you the erring ones, the deniers
(of Resurrection) !

52@ You verily will eat of the trees of Zaqqum."

53@ " Then you will fill your bellies therewith,

54@ And drink boiling water on top of it,

55@ So you will drink (that) like thirsty camels !"

56@ That will be their entertainment on the Day of
Recompense !

57@ We created you, then why do you believe not ?

58@ Then tell Me (about) the human semen that you emit.

59@ Is it you who create it (i.e. make this semen into a
perfect human being), or are We the Creator ?

60@ We have decreed death to you all, and are We not unable,

61@ To transfigure you and create you in (forms) that you know
not.

62@ And indeed, you have already known the first form of
creation (i.e. the creation of Adam), why then do you not
remember or take heed ?

63@ Tell Me ! The seed that you sow in the ground.

64@ Is it you that make it grow, or are We the Grower ?

65@ Were it Our Will, We could crumble it to dry pieces, and
you would be regretful (or left in wonderment).

66@ (Saying), " We are indeed Mughramun (i.e. ruined or lost
the money without any profit, or punished by the loss of all
that we spend for cultivation, etc.) ! [See Tafsir Al Qurtubi,
Vol. 17, Page 219]"

67@ " Nay, but we are deprived !"

68@ Tell Me ! The water that you drink.

69@ Is it you who cause it from the rain clouds to come down,
or are We the Causer of it to come down ?

70@ If We willed, We verily could make it salt (and
undrinkable), why then do you not give thanks (to Allah) ?

71@ Tell Me ! The fire which you kindle,

72@ Is it you who made the tree thereof to grow, or are We the
Grower ?

73@ We have made it a Reminder (for the Hell fire, in the
Hereafter), and an article of use for the travellers (and all
the others, in this world).

74@ Then glorify with praises the Name of your Lord, the Most
Great.

75@ So I swear by Mawaqi (setting or the mansions, etc.) of
the stars (they traverse).

76@ And verily, that is indeed a great oath, if you but know.

77@ That (this) is indeed an honourable recital (the Noble
Qur'an).

78@ In a Book well guarded (with Allah in the heaven i.e.
Al Lauh Al Mahfuz).

79@ Which (that Book with Allah) none can touch but the
purified (i.e. the angels).

80@ A Revelation (this Qur'an) from the Lord of the 'Alamin
(mankind, jinns and all that exists).

81@ Is it such a talk (this Qur'an) that you (disbelievers)
deny ?

82@ And instead (of thanking Allah) for the provision He gives
you, on the contrary, you deny Him (by disbelief) !

83@ Then why do you not (intervene) when (the soul of a dying
person) reaches the throat ?

84@ And you at the moment are looking on,

85@ But We (i.e. Our angels who take the soul) are nearer to
him than you, but you see not, [Tafsir At Tabari, Vol.27, Page
209]

86@ Then why do you not, if you are exempt from the reckoning
and recompense (punishment, etc.)

87@ Bring back the soul (to its body), if you are truthful ?

88@ Then, if he (the dying person) be of the Muqarrabun (those
brought near to Allah),

89@ (There is for him) rest and provision, and a Garden of
delights (Paradise).

90@ And if he (the dying person) be of those on the Right
Hand,

91@ Then there is safety and peace (from the Punishment of
Allah) for (you as you are from) those on the Right Hand.

92@ But if he (the dying person) be of the denying (of the
Resurrection), the erring (away from the Right Path of Islamic
Monotheism),

93@ Then for him is entertainment with boiling water.

94@ And burning in Hell fire.

95@ Verily, this ! This is an absolute Truth with certainty.

96@ So glorify with praises the Name of your Lord, the Most
Great.


======

Dictionary+Kamus Bahasa.[@20 WordRules]

Exalt - Bertasbih.
Befall - Menimpa.
Disgrace - Kehinaan.
Righteous/Pious - Soleh.
Foremost - Sekali.
Embrace - Memeluk.
Woven - Tenunan.
Reclining - Berpandangan.
Preserved - Dipelihara.
Multitude - Pelbagai.
Indulged - Terlibat.
Persisting - Berterusan.
Resurrection - Kiamat.
Recompense - Pembalasan.
Glorify - Memuliakan/Mengagungkan.
Praises - Pujian.
Honourable - Mulia.
Purified - Disucikan.
Revelation - Wahyu.
Reckoning - Perhitungan.
Truthful - Betul.
Provision - Peruntukan.
Denying - Menafikan.
Monotheism - Tauhid.
Certainty - Kepastian.

No comments:

Post a Comment