Sunday 28 February 2016

Al Quran Indonesia. 053. Surah An Najm (Bintang)...

Al Quran Indonesia. 053. Surah An Najm (Bintang)...

BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1@ Demi bintang semasa ia menjunam,

2@ Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai
tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar),
dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

3@ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan
ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

4@ Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

5@ wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh
(malaikat Jibril) yang amat kuat gagah,

6@ Lagi yang mempunyai kebijaksanaan, kemudian ia
memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya
asal,

7@ Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit),

8@ Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad),
lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

9@ Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi
Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat
lagi,

10@ Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan
perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

11@ Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang
dilihatnya.

12@ Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai
apa yang telah dilihatnya itu ?

13@ Dan demi sesungguhnya ! (Nabi Muhammad) telah melihat
(malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

14@ Di sisi “ Sidratul Muntaha.”,

15@ Yang di sisinya terletak Syurga “ Jannatul Makwa”.

16@ (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang
asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu
diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak
terhingga.

17@ Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada
menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ
yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

18@ Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari
sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya
pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

19@ (Setelah kamu, wahai kaum musyrik Makkah, mendengar
keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah)
maka adakah kamu nampak bahawa “ Al Laat” dan “ Al Uzza”,

20@ Serta “ Manaat” yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi
hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak
perempuan Allah) ?

21@ Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak
lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan
(yang kamu benci) ?

22@ Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian
yang tidak adil.

23@ Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-
nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah
sekali-kali tidak menurunkan sebarang bukti yang
membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut
melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa
nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka
petunjuk dari Tuhan mereka.

24@ Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang
dicita-citakannya ? (Tidak !).

25@ Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat
dan urusan dunia.

26@ (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-
benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat
di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang
faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan diredhaiNya.

27@ Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari
akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan
nama perempuan,

28@ Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan
mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan
semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat
memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

29@ Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang
yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan
kehidupan dunia semata-mata.

30@ (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari
pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang
mendapat hidayah petunjuk.

31@ Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi, (diciptakan semuanya itu) untuk membalas
orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka
lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan
balasan yang sebaik-baiknya.

32@ (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta
perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-
kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu
dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas KeampunanNya. Ia
lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu
(berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang
melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu, maka
janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih
dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang bertaqwa.

33@ Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling
(dari menurut kebenaran kerana ia dihasut) ?

34@ Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia
memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya) ?

35@ Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang
ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh
menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari
akhirat) ?

36@ Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam
Kitab-kitab Nabi Musa,

37@ Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi
dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya) ?

38@ (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan) Bahawa sesungguhnya
seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan
orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja),

39@ Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang
melainkan (balasan) apa yang diusahakannya,

40@ Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan
(kepadanya, pada hari kiamat kelak),

41@ Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang
amat sempurna,

42@ Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmulah kesudahan
(segala perkara),

43@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan
(seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang
itu berdukacita) menangis,

44@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan
menghidupkan,

45@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan
(lelaki dan perempuan),

46@ Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam
rahim),

47@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang tetap menghidupkan
semula (makhluk-makhluk yang mati),

48@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa
yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya
tambahan yang boleh disimpan,

49@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah Tuhan (Pencipta) “ Bintang
Syikra,

50@ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum
“ Aad” yang pertama (kaum Nabi Hud),

51@ Dan kaum “ Thamud” (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada
seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.

52@ Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan).
Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan
sangat melampaui batas.

53@ Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dialah
yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi,

54@ Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang
meliputinya.

55@ Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang
tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia) ?

56@ (Al Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis
amaran yang telah lalu !

57@ Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari
kiamat),

58@ Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau
menghapuskan huru-hara “ hari kiamat” itu.

59@ Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-
keterangan Al Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya) ?

60@ Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu
menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan
buruk yang akan menimpa kamu) ?

61@ Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi
yang melalaikan kewajipan ?

62@ Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah
(yang telah menurunkan Al Quran itu), dan beribadatlah kamu
kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

*****

[English Version of Al Quran] 053. Surah An Najm (The Star)...

1@ By the star when it goes down, (or vanishes).

2@ Your companion (Muhammad) has neither gone astray nor has
erred.

3@ Nor does he speak of (his own) desire.

4@ It is only an Inspiration that is inspired.

5@ He has been taught (this Qur'an) by one mighty in power
[Jibrael (Gabriel)].

6@ Dhu Mirrah (free from any defect in body and mind), Fastawa
[then he (Jibrael, Gabriel) rose and became stable]. [Tafsir
At Tabari].

7@ While he [Jibrael (Gabriel)] was in the highest part of the
horizon,

8@ Then he [Jibrael (Gabriel)] approached and came closer,

9@ And was at a distance of two bows' length or (even) nearer,

10@ So did (Allah) convey the Inspiration to His slave
[Muhammad through Jibrael (Gabriel)].

11@ The (Prophet's) heart lied not (in seeing) what he
(Muhammad) saw.

12@ Will you then dispute with him (Muhammad) about what he
saw [during the Mi'raj, (Ascent of the Prophet over the seven
heavens)].

13@ And indeed he (Muhammad) saw him [Jibrael (Gabriel)] at a
second descent (i.e. another time).

14@ Near Sidrat ul Muntaha [lote tree of the utmost boundary
(beyond which none can pass)],

15@ Near it is the Paradise of Abode.

16@ When that covered the lote-tree which did cover it !

17@ The sight (of Prophet Muhammad) turned not aside (right or
left), nor it transgressed beyond (the) limit (ordained for
it).

18@ Indeed he (Muhammad) did see, of the Greatest Signs, of
his Lord (Allah).

19@ Have you then considered Al Lat, and Al 'Uzza (two idols
of the pagan Arabs),

20@ And Manat (another idol of the pagan Arabs), the other
third ?

21@ Is it for you the males and for Him the females ?

22@ That indeed is a division most unfair !

23@ They are but names which you have named, you and your
fathers, for which Allah has sent down no authority. They
follow but a guess and that which they themselves desire,
whereas there has surely come to them the Guidance from their
Lord !

24@ Or shall man have what he wishes ?

25@ But to Allah belongs the last (Hereafter) and the first
(the world).

26@ And there are many angels in the heavens, whose
intercession will avail nothing except after Allah has given
leave for whom He wills and pleases.

27@ Verily, those who believe not in the Hereafter, name the
angels with female names.

28@ While they have no knowledge thereof. They follow but a
guess, and verily, guess is no substitute for the truth.

29@ Therefore withdraw (O Muhammad) from him who turns away
from Our Reminder (this Qur'an) and desires nothing but the
life of this world.

30@ That is what they could reach of knowledge. Verily, your
Lord it is He Who knows best him who goes astray from His
Path, and He knows best him who receives guidance.

31@ And to Allah belongs all that is in the heavens and all
that is in the earth, that He may requite those who do evil
with that which they have done (i.e. punish them in Hell), and
reward those who do good, with what is best (i.e. Paradise).

32@ Those who avoid great sins (see the Qur'an, Verses:
6:152,153) and Al Fawahish (illegal sexual intercourse, etc.)
except the small faults, verily, your Lord is of vast
forgiveness. He knows you well when He created you from the
earth (Adam), and when you were fetuses in your mothers'
wombs. So ascribe not purity to yourselves. He knows best him
who fears Allah and keep his duty to Him [i.e. those who are
Al Muttaqun (pious, see V.2:2)].

33@ Did you (O Muhammad) observe him who turned away (from
Islam).

34@ And gave a little, then stopped (giving) ?

35@ Is with him the knowledge of the unseen so that he sees ?

36@ Or is he not informed with what is in the Pages
(Scripture) of Musa (Moses),

37@ And of Ibrahim (Abraham) who fulfilled (or conveyed) all
that (what Allah ordered him to do or convey),

38@ That no burdened person (with sins) shall bear the burden
(sins) of another.

39@ And that man can have nothing but what he does (good or
bad),

40@ And that his deeds will be seen,

41@ Then he will be recompensed with a full and the best
recompense,

42@ And that to your Lord (Allah) is the End (Return of
everything).

43@ And that it is He (Allah) Who makes (whom He wills) laugh,
and makes (whom He wills) weep,

44@ And that it is He (Allah) Who causes death and gives life,

45@ And that He (Allah) creates the pairs, male and female,

46@ From Nutfah (drops of semen male and female discharges)
when it is emitted,

47@ And that upon Him (Allah) is another bringing forth
(Resurrection),

48@ And that it is He (Allah) Who gives much or a little (or
gives wealth and contentment),

49@ And that He (Allah) is the Lord of Sirius (the star which
the pagan Arabs used to worship),

50@ And that it is He (Allah) Who destroyed the former 'Ad
(people),

51@ And Thamud (people). He spared none of them.

52@ And the people of Nuh (Noah) aforetime, verily, they were
more unjust and more rebellious and transgressing [in
disobeying Allah and His Messenger Nuh (Noah)].

53@ And He destroyed the overthrown cities [of Sodom to which
Prophet Lout (Lot) was sent].

54@ So there covered them that which did cover (i.e. torment
with stones).

55@ Then which of the Graces of your Lord (O man !) will you
doubt.

56@ This (Muhammad) is a warner (Messenger) of the (series of)
warners (Messengers) of old.

57@ The Day of Resurrection draws near,

58@ None besides Allah can avert it, (or advance it, or delay
it).

59@ Do you then wonder at this recital (the Qur'an) ?

60@ And you laugh at it and weep not,

61@ Wasting your (precious) lifetime in pastime and amusements
(singing, etc.).

62@ So fall you down in prostration to Allah, and worship Him
(Alone).

No comments:

Post a Comment