Al Quran Indonesia. 043. Surah Az Zukhruf (Perhiasan Emas)...
BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1@ Haa, Miim.
2@ Demi Kitab Al Quran yang menyatakan kebenaran.
3@ Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang
diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal)
memahaminya.
4@ Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi
Kami, sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak
mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
5@ Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan
menjauhkan peringatan Al Quran daripada kamu, kerana kamu
telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya ? (Tidak !
Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu,
sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya).
6@ Dan (ingatlah), berapa banyak nabi-nabi yang kami telah
utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.
7@ Dan tidak ada seseorang Nabi pun yang datang kepada mereka,
melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
8@ Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan
lebih kejam serangannya) daripada mereka, dan telahpun
disebutkan (berulang-ulang di dalam Al Quran) tentang kisah-
kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah
lalu.
9@ Dan demi sesungguhnya ! Jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, ” Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi ?” Sudah tentu mereka akan
menjawab, “ Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui.”
10@ (Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu
sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi
jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu mendapat petunjuk
(ke arah yang dituju).
11@ Dan (Dialah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan
yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang
kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan
dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
12@ Dan (Dialah) yang menciptakan sekalian makhluk yang
berbagai jenisnya, dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan
binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,
13@ Supaya kamu duduk tetap di atasnya, kemudian kamu
mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap
di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan, ” Maha
Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,
sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya,
14@ Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan
kembali !”
15@ Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan)
menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak
bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat
tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.
16@ Patutkah Tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang
diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya, dan Ia
mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki ?
17@ Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari
mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan
seperti) yang dijadikannya, sekutu yang sejenis dengan Allah
Yang Maha Pemurah, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana
menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya
dalam hati.
18@ Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan)
yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang
ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan
alasan yang jelas ?
19@ Dan mereka pula menyifatkan malaikat (yang juga menjadi
hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu) jenis perempuan.
Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu ? Akan
dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan
ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).
20@ Dan mereka berkata, “ Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah
menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu”,
(Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun
mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah
orang-orang yang berdusta !
21@ Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al Quran ini
sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka
berpegang teguh kepada kitab itu ?
22@ (Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka
(hanyalah) berkata, " Sesungguhnya kami telah mendapati datuk
nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami
beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja.”
23@ Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta),
Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada
(penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran,
melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri
itu berkata, “ Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami
menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut
jejak mereka sahaja.”
24@ Rasul itu berkata, “ Adakah (kamu akan menurut juga
mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih
jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu
dapati datuk nenek kamu menurutnya ?” Mereka menjawab,
“ Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan
membawanya.”
25@ Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang
membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan
umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
26@ Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata
kepada bapanya dan kaumnya, “ Sesungguhnya aku berlepas diri
dari apa yang kamu sembah,
27@ Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana
sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku.”
28@ Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal
pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu,
jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
29@ (Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku
pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka
dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga
datanglah kepada mereka kebenaran (Al Quran), dan seorang
Rasul yang menerangkan tauhid.
30@ Dan ketika kebenaran (Al Quran) itu disampaikan kepada
mereka, berkatalah mereka, “ Sesungguhnya ini adalah sihir,
dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya.”
31@ Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata,
“ (Kalaulah Al Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang,
maka) sepatutnya Al Quran ini diturunkan kepada seorang besar
(yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang
(terkenal) itu ?”
32@ (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan ?) Adakah
mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara
keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat
Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam
perkara kebendaan dan keduniaan sahaja ? Mereka tidak
ingkarkan), Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala
keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya
Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita), dan
juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi
dari darjat setengahnya yang lain, (semuanya itu) supaya
sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan
kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi
rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat)
adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata
yang mereka kumpulkan.
33@ Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang
satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang
yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung
rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka
naik turun di atasnya (dari perak juga),
34@ Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan
kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari
perak juga),
35@ Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan
(ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah
merupakan kesenangan hidup di dunia, dan (sebaliknya)
kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi
orang-orang yang bertaqwa.
36@ Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al Quran
yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan
adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang
daripadanya.
37@ Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi
mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa
mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
38@ Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu)
datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada
Syaitannya), “ Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada
sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan
barat ! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman.”
39@ (Lalu dikatakan kepada mereka), “ Pada hari ini, setelah
nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa
yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi
faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman
kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab.”
40@ Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah
engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar,
atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata
hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan
yang nyata ?
41@ Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami
wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang
akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan
mereka.
42@ Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa
yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka
Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
43@ Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada
Al Quran yang telah diwahyukan kepadamu, kerana sesungguhnya
engkau berada di atas jalan yang lurus.
44@ Dan sesungguhnya Al Quran itu memberikan kemuliaan dan
peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu, dan
kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu
telah amalkan).
45@ Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami
telah utuskan sebelummu, pernahkah Kami memberi hukum
menetapkan sebarang Tuhan untuk disembah, selain dari Allah
Yang Maha Pemurah.
46@ Dan demi sesungguhnya ! Kami telah mengutus Nabi Musa
dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, kepada Firaun dan
kaumnya, lalu ia berkata, “ Sesungguhnya aku ini ialah Rasul
dari Tuhan sekalian alam.”
47@ Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-
tanda kekuasaan Kami, mereka dengan serta-merta mencemuh dan
menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.
48@ Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu
tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih
terang dari yang terdahulu daripadanya, Dan Kami timpakan
mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka
kembali (bertaubat).
49@ Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka
merayu kepada Nabi Musa dengan berkata, “ Wahai orang yang
bijak pandai, pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk
kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu,
sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman.”
50@ Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka
terus mencabuli janjinya.
51@ Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada
kaumnya, katanya, “ Wahai kaumku ! Bukankah kerajaan negeri
Mesir ini (akulah yang menguasainya), dan sungai-sungai ini
mengalir di bawah (istana) ku ? Tidakkah kamu melihatnya ?"
52@ “ Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina
keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan
perkataannya ?
53@ (Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia
dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan
ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama
dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya) ?”
54@ (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan
kaumnya, lalu mereka mematuhinya, sesungguhnya mereka itu
adalah kaum yang fasik, derhaka.
55@ Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan
perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu
menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).
56@ Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-
orang yang datang kemudian.
57@ Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu
misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-
tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana
menyangka bahawa mereka telah menang).
58@ Dan mereka berkata lagi, “ Manakah yang lebih baik, benda-
benda yang kami sembah atau Isa ?” Dan (sebenarnya) mereka
tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad)
melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari
kebenaran), bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali
mengemukakan bantahan.
59@ Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah
Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan
Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan)
bagi kaum Bani Israil.
60@ Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan
daripada kamu (wahai kaum lelaki), malaikat mengganti kamu
(menjalankan urusan) di muka bumi.
61@ Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari
kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat)
itu, dan turutlah (petunjukKu), inilah jalan yang lurus.
62@ Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut
jalan yang benar), sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata
bagi kamu.
63@ Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa
keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia,
“ Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat
(ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu, sebahagian
dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya.
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku."
64@ “ Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka
sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang lurus.”
65@ Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu
berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah
bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang
tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
66@ (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang
mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada
mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka
dengan perkara-perkara keduniaan.
67@ Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan
menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-
orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal
soleh).
68@ (Mereka yang bertaqwa itu, diberi penghormatan serta
diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya), “ Wahai hamba-
hambaku ! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang
kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik), dan kamu pula
tidak akan berdukacita.”
69@ (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat
keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang
taat patuh,
70@ (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada
mereka), “ Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-
isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh
kegembiraan dan kesenangan.”
71@ Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-
piala dari emas, dan di dalam Syurga itu pula disediakan
segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh
mata, dan (dikatakan kepada mereka), “ Kamu adalah tetap kekal
di dalamnya.”
72@ Dan (dikatakan lagi kepada mereka), “ Inilah Syurga yang
diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah
kerjakan.”
73@ “ Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan,
untuk kamu makan daripadanya.
74@ Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan
kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka
Jahannam."
75@ " Tidak diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka
tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat
sebarang pertolongan),
76@ Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah
yang menganiaya diri sendiri."
77@ Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan
berkata), “ Wahai Malik ! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan
kami (kerana kami tidak tahan menderita) !” Malik menjawab,
“ Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab !”
78@ (Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab,
Allah Taala berfirman), “ Demi sesungguhnya ! Kami telah
menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan
tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak
suka kepada kebenaran itu.”
79@ Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan
menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka
Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).
80@ Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa
yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka
perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri ? (Bukan
sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami
(malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka
lakukan.
81@ Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik
itu), “ Kalau betul Allah yang Maha Pemurah, mempunyai anak
(sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal
pertama yang akan menyembah anak itu, (tetapi dakwaan kamu itu
tidak berasas) !”
82@ Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
Tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya),
(Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
83@ Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam
dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia
mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada
mereka (untuk menerima balasan).
84@ Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah
di langit, dan Dialah Tuhan yang berhak disembah di bumi, dan
Dialah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
85@ Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit
dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan Dialah
jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat, dan
kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
86@ Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak
mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan,
kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran
dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara
mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata
orang, maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan
mendapat syafaat itu).
87@ Dan demi sesungguhnya ! Jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka, “ Siapakah yang menciptakan mereka ?”
Sudah tentu mereka akan menjawab, “ Allah !”. (Jika demikian)
maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan
mengesakanNya) ?
88@ Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad)
yang berkata, " Wahai TuhanKu ! Sesungguhnya mereka ini adalah
satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu
untuk mengadilinya) !”
89@ (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman), “ Jika
demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan
mereka, dan katakanlah, " Selamat tinggallah !" Kemudian
mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya) !“
*****
[English Version of Al Quran] 043. Surah Az Zukhruf (The Gold
Adornments)...
1@ Ha, Mim. [These letters are one of the miracles of the
Qur'an, and none but Allah (Alone) knows their meanings].
2@ By the manifest Book (that makes things clear, i.e. this
Qur'an).
3@ We verily, have made it a Qur'an in Arabic, that you may be
able to understand (its meanings and its admonitions).
4@ And Verily, it (this Qur'an) is in the Mother of the Book
(i.e. Al Lauh Al Mahfuz), before Us, indeed Exalted, full of
Wisdom.
5@ Shall We then (warn you not and) take away the Reminder
(this Qur'an) from you, because you are a people Musrifun.
6@ And how many a Prophet have We sent amongst the men of old.
7@ And never came there a Prophet to them but they used to
mock at him.
8@ Then We destroyed men stronger (in power) than these, and
the example of the ancients has passed away (before them).
9@ And indeed if you ask them, " Who has created the heavens
and the earth ?" They will surely say, " The All Mighty, the
All Knower created them."
10@ Who has made for you the earth like a bed, and has made
for you roads therein, in order that you may find your way,
11@ And Who sends down water (rain) from the sky in due
measure. Then We revive a dead land therewith, and even so you
will be brought forth (from the dead),
12@ And Who has created all the pairs and has appointed for
you ships and cattle on which you ride,
13@ In order that you may mount firmly on their backs, and
then may remember the Favour of your Lord when you mount
thereon, and say, " Glory to Him who has subjected this to us,
and we could never have it (by our efforts)."
14@ And verily, to Our Lord we indeed are to return !
15@ Yet they assign to some of His slaves a share with Him (by
pretending that He has children, and considering them as
equals or co partners in worship with Him). Verily, man is
indeed a manifest ingrate !
16@ Or has He taken daughters out of what He has created, and
He has selected for you sons ?
17@ And if one of them is informed of the news of (the birth
of) that which he set forth as a parable to the Most
Beneficent (Allah) (i.e. of a girl), his face becomes dark,
gloomy, and he is filled with grief !
18@ (Do they then like for Allah) a creature who is brought up
in adornments (wearing silk and gold ornaments, i.e. women),
and in dispute cannot make herself clear ?
19@ And they make the angels who themselves are slaves to the
Most Beneficent (Allah) females. Did they witness their
creation ? Their evidence will be recorded, and they will be
questioned !
20@ And they said, " If it had been the Will of the Most
Beneficent (Allah), we should not have worshipped them (false
deities)." They have no knowledge whatsoever of that. They do
nothing but lie !
21@ Or have We given them any Book before this (the Qur'an),
to which they are holding fast ?
22@ Nay ! They say, " We found our fathers following a
certain way and religion, and we guide ourselves by their
footsteps."
23@ And similarly, We sent not a warner before you
(O Muhammad) to any town (people) but the luxurious ones among
them said, " We found our fathers following a certain way and
religion, and we will indeed follow their footsteps."
24@ (The warner) said, " Even if I bring you better guidance
than that which you found your fathers following ?" They said,
" Verily, We disbelieve in that with which you have been
sent."
25@ So We took revenge of them, then see what was the end of
those who denied (Islamic Monotheism).
26@ And (remember) when Ibrahim (Abraham) said to his father
and his people, " Verily, I am innocent of what you worship,
27@ Except Him (i.e. I worship none but Allah Alone) Who did
create me, and verily, He will guide me."
28@ And he made it [i.e. La ilaha ill Allah (none has the
right to be worshipped but Allah Alone)] a Word lasting among
his offspring (True Monotheism), that they may turn back (i.e.
to repent to Allah or receive admonition).
29@ Nay, but I gave (the good things of this life) to these
(polytheists) and their fathers to enjoy, till there came to
them the truth (the Qur'an), and a Messenger (Muhammad) making
things clear.
30@ And when the truth (this Qur'an) came to them, they (the
disbelievers in this Qur'an) said, " This is magic, and we
disbelieve therein."
31@ And they say, " Why is not this Qur'an sent down to some
great man of the two towns (Makkah and Ta'if) ?"
32@ Is it they who would portion out the Mercy of your Lord ?
It is We Who portion out between them their livelihood in this
world, and We raised some of them above others in ranks, so
that some may employ others in their work. But the Mercy
(Paradise) of your Lord (O Muhammad) is better than the
(wealth of this world) which they amass.
33@ And were it not that all mankind would have become of one
community (all disbelievers, desiring worldly life only), We
would have provided for those who disbelieve in the Most
Beneficent (Allah), silver roofs for their houses, and
elevators (and stair ways, etc. of silver) whereby they
ascend,
34@ And for their houses, doors (of silver), and thrones (of
silver) on which they could recline,
35@ And adornments of gold. Yet all this (i.e. the roofs,
doors, stairs, elevators, thrones etc. of their houses) would
have been nothing but an enjoyment of this world. And the
Hereafter with your Lord is only for the Muttaqun.
36@ And whosoever turns away (blinds himself) from the
remembrance of the Most Beneficent (Allah) (i.e. this Qur'an
and worship of Allah), We appoint for him Shaitan (Satan,
devil) to be a Qarin (an intimate companion) to him.
37@ And verily, they (Satans/devils) hinder them from the Path
(of Allah), but they think that they are guided aright !
38@ Till, when (such a one) comes to Us, he says [to his Qarin
(Satan/devil companion)] " Would that between me and you were
the distance of the two easts (or the east and west)" a worst
(type of) companion (indeed) !
39@ It will profit you not this Day (O you who turn away from
Allah's remembrance and His worship, etc.) as you did wrong,
(and) that you will be sharers (you and your Qarin) in the
punishment.
40@ Can you (O Muhammad) make the deaf to hear, or can you
guide the blind or him who is in manifest error ?
41@ And even if We take you (O Muhammad) away, We shall indeed
take vengeance on them.
42@ Or (if) We show you that wherewith We threaten them, then
verily, We have perfect command over them.
43@ So hold you (O Muhammad) fast to that which is inspired in
you. Verily, you are on a Straight Path.
44@ And verily, this (the Qur'an) is indeed a Reminder for you
(O Muhammad) and your people (Quraish people, or your
followers), and you will be questioned (about it).
45@ And ask (O Muhammad) those of Our Messengers whom We sent
before you, " Did We ever appoint aliha (gods) to be
worshipped besides the Most Beneficent (Allah) ?"
46@ And indeed We did send Musa (Moses) with Our Ayat (proofs,
evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) to
Fir'aun (Pharaoh) and his chiefs (inviting them to Allah's
Religion of Islam) He said, " Verily, I am a Messenger of the
Lord of the 'Alamin (mankind, jinns and all that exists)."
47@ But when he came to them with Our Ayat (proofs, evidences,
verses, lessons, signs, revelations, etc.) behold ! They
laughed at them.
48@ And not an Ayah (sign, etc.) We showed them but it was
greater than its fellow, and We seized them with torment, in
order that they might turn [from their polytheism to Allah's
Religion (Islamic Monotheism)].
49@ And they said [to Musa (Moses)], " O you sorcerer ! Invoke
your Lord for us according to what He has covenanted with you.
Verily, We shall guide ourselves (aright)."
50@ But when We removed the torment from them, behold ! They
broke their covenant (that they will believe if We remove the
torment for them).
51@ And Fir'aun (Pharaoh) proclaimed among his people, saying,
" O my people ! Is not mine the dominion of Egypt, and these
rivers flowing underneath me. See you not then ?
52@ Am I not better than this one [Musa (Moses)], who is Mahin
[has no honour nor any respect, and is weak and despicable]
and can scarcely express himself clearly ?"
53@ " Why then are not golden bracelets bestowed on him, or
angels sent along with him ?"
54@ Thus he [Fir'aun (Pharaoh)] befooled and misled his
people, and they obeyed him. Verily, they were ever a people
who were Fasiqun (rebellious, disobedient to Allah).
55@ So when they angered Us, We punished them, and drowned
them all.
56@ And We made them a precedent (as a lesson for those coming
after them), and an example to later generations.
57@ And when the son of Maryam (Mary) is quoted as an example
[i.e. 'Iesa (Jesus) is worshipped like their idols), behold !
Your people cry aloud (laugh out at the example).
58@ And say, " Are our aliha (gods) better or is he ['Iesa
(Jesus)] ?" They quoted not the above example except for
argument. Nay ! But they are a quarrelsome people. [(See VV.
21: 97-101), The Qur'an.]
59@ He ['Iesa (Jesus)] was not more than a slave. We granted
Our Favour to him, and We made him an example to the Children
of Israel (i.e. his creation without a father).
60@ And if it were Our Will, We would have [destroyed you
(mankind) all, and] made angels to replace you on the earth.
[Tafsir At Tabari, Vol:25, Page 89].
61@ And he ['Iesa (Jesus), son of Maryam (Mary)] shall be a
known sign for (the coming of) the Hour (Day of Resurrection)
[i.e. 'Iesa's (Jesus) descent on the earth]. Therefore have no
doubt concerning it (i.e. the Day of Resurrection). And follow
Me (Allah) (i.e. be obedient to Allah and do what He orders
you to do, O mankind) ! This is the Straight Path (of Islamic
Monotheism, leading to Allah and to His Paradise).
62@ And let not Shaitan (Satan) hinder you (from the right
religion, i.e. Islamic Monotheism), Verily, he (Satan) to you
is a plain enemy.
63@ And when 'Iesa (Jesus) came with (Our) clear Proofs, he
said, " I have come to you with Al Hikmah (Prophethood), and
in order to make clear to you some of the (points) in which
you differ, therefore fear Allah and obey me,
64@ Verily, Allah ! He is my Lord (God) and your Lord (God).
So worship Him (Alone). This is the (only) Straight Path (i.e.
Allah's religion of true Islamic Monotheism)."
65@ But the sects from among themselves differed. So woe to
those who do wrong (by ascribing things to 'Iesa (Jesus) that
are not true) from the torment of a painful Day (i.e. the Day
of Resurrection) !
66@ Do they only wait for the Hour that it shall come upon
them suddenly, while they perceive not ?
67@ Friends on that Day will be foes one to another except
Al Muttaqun (pious, see V.2:2).
68@ (It will be said to the true believers of Islamic
Monotheism), " My worshippers ! No fear shall be on you this
Day, nor shall you grieve,
69@ (You) who believed in Our Ayat (proofs, verses, lessons,
signs, revelations, etc.) and were Muslims (i.e. who submit
totally to Allah's Will, and believe in the Oneness of Allah,
Islamic Monotheism).
70@ Enter Paradise, you and your wives, in happiness.
71@ Trays of gold and cups will be passed round them, (there
will be) therein all that the one's inner selves could desire,
all that the eyes could delight in, and you will abide therein
forever.
72@ This is the Paradise which you have been made to inherit
because of your deeds which you used to do (in the life of the
world).
73@ Therein for you will be fruits in plenty, of which you
will eat (as you desire).
74@ Verily, the Mujrimun (criminals, sinners, disbelievers,
etc.) will be in the torment of Hell to abide therein forever.
75@ (The torment) will not be lightened for them, and they
will be plunged into destruction with deep regrets, sorrows
and in despair therein.
76@ We wronged them not, but they were the Zalimun
(polytheists, wrong doers, etc.).
77@ And they will cry, " O Malik (Keeper of Hell) ! Let your
Lord make an end of us." He will say, " Verily you shall abide
forever."
78@ Indeed We have brought the truth (Muhammad with the
Qur'an), to you, but most of you have a hatred for the truth.
79@ Or have they plotted some plan ? Then We too are planning.
80@ Or do they think that We hear not their secrets and their
private counsel ? (Yes We do) and Our Messengers (appointed
angels in charge of mankind) are by them, to record.
81@ Say (O Muhammad), " If the Most Beneficent (Allah) had a
son (or children as you pretend), then I am the first of
Allah's worshippers [who deny and refute this claim of yours
(and the first to believe in Allah Alone and testify that He
has no children)]." [Tafsir At Tabari].
82@ Glorified be the Lord of the heavens and the earth, the
Lord of the Throne ! Exalted be He from all that they ascribe
(to Him).
83@ So leave them (alone) to speak nonsense and play until
they meet the Day of theirs, which they have been promised.
84@ It is He (Allah) Who is the only Ilah (God to be
worshipped) in the heaven and the only Ilah (God to be
worshipped) on the earth. And He is the All Wise, the All
Knower.
85@ And blessed be He to Whom belongs the kingdom of the
heavens and the earth, and all that is between them, and with
Whom is the knowledge of the Hour, and to Whom you (all) will
be returned.
86@ And those whom they invoke instead of Him have no power of
intercession, except those who bear witness to the truth (i.e.
believed in the Oneness of Allah, and obeyed His Orders), and
they know (the facts about the Oneness of Allah).
87@ And if you ask them who created them, they will surely
say, " Allah". How then are they turned away (from the worship
of Allah, Who created them) ?
88@ (Allah has knowledge) of (Prophet Muhammad's) saying, " O
my Lord ! Verily, these are a people who believe not !"
89@ So turn away from them (O Muhammad), and say, " Salam
(peace) ! But they will come to know."
" Academy that Enhance Your Style and Lesson, Try to Create Creative, Innovative, Kind a New LifeStyle, Thought and Ideas... , Arena, those Who Challange their Goals... Bagi umat Islam, berpeganglah dengan kata-kata Allah yang terukir di dalam Al Quran. Semua pendapat dan fahaman makhluk, bebas kamu terima atau ditolak, kecuali perkataan, kenyataan dan amaran dari TuhanNya (wahyu dari kitab-kitabNya) dan perkataan-perkataan dari Nabi dan Rasul.
Wednesday, 24 February 2016
Al Quran Indonesia. 043. Surah Az Zukhruf (Perhiasan Emas)...
Al Quran Indonesia. 042. Surah Asy Syuraa (Permesyuaratan)...
Al Quran Indonesia. 042. Surah Asy Syuraa (Permesyuaratan)...
BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1@ Haa, Miim.
2@ Ain, Siin, Qaaf.
3@ Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah
yang lain, diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada
Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
4@ Dialah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi, dan Dialah Yang Tertinggi
keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
5@ Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya
(kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap
penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga
menyeleweng dari jalan yang benar), dan malaikat bertasbih
dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-
makhluk yang ada di bumi. Ingatlah ! Sesungguhnya Allah,
Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
6@ Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang
lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan
diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah
laku mereka (serta akan membalasnya), dan engkau (wahai
Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang
menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.
7@ Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami
wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau
memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “ Ummul Qura”
dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi
peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat),
yang tidak ada syak tentang masa datangnya, (pada hari itu)
sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
8@ Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka
satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu), akan
tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan)
memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya
(menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan orang-orang
yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan
perlindungan dan pertolongan.
9@ Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari
Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja)
kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan
Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan
(ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
10@ Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-
pengikutmu), “ Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan
padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah, Hakim
yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku, kepadaNyalah
aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam
segala keadaan)”.
11@ Dialah yang menciptakan langit dan bumi, Ia menjadikan
bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan
menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-
pasangan (bagi bintang-binatang itu), dengan jalan yang
demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada
sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Melihat.
12@ Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit
dan bumi, Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan
Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu),
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
13@ Allah telah menerangkan kepada kamu (di antara perkara-
perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya) apa yang telah
diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah)
wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa,
iaitu, “ Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu
berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.” Berat bagi
orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau
seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa
yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan
memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang
rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).
14@ Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan
berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah
sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka
mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang),
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana
hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah
terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan
hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah
dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan
sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab
ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang
menggelisahkan terhadap Kitab itu.
15@ Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka, wahai
Muhammad, kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah
engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu,
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka,
sebaliknya katakanlah, “ Aku beriman kepada segala Kitab yang
diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku
adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut
ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita
bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali
semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).”
16@ Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah
tentang kebenaran ugama Allah sesudah disambut dan diterima
ugamaNya itu, bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia
belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan
(dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-
beratnya.
17@ Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran,
dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui ? Boleh jadi hari kiamat
itu sudah hampir (masa datangnya).
18@ Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu
meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan
kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman
merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan
yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah ! Sesungguhnya orang-
orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada
dalam kesesatan yang jauh terpesong.
19@ Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah
kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya, Ia
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa.
20@ Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat
faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada
faedah yang dikehendakinya, dan sesiapa yang menghendaki
(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami
beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami
tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun
di akhirat kelak.
21@ Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan
(mana-mana bahagian dari ugama mereka) sebarang undang-undang
yang tidak diizinkan oleh Allah ? Dan kalaulah tidak kerana
kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk
menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu),
tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka
(yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang
zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
22@ (Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang
zalim takut ngeri (akan balasan buruk) bagi kejahatan-
kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu
tetap menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta
beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga,
mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan
mereka, yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
23@ (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan
(dengannya), hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Katakanlah (wahai Muhammad), “ Aku tidak meminta kepada kamu
sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu,
(yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku)
disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan
kamu supaya aku tidak disakiti).” Dan sesiapa yang mengerjakan
sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya
(dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-
baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
24@ (Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad)
bahkan mereka mengatakan, “ Ia telah mereka-reka perkara dusta
terhadap Allah” (Sebenarnya tidak patut mereka berkata
demikian) kerana Allah berkuasa (jika Ia menghendaki) menutup
hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau
telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang
demikian, bahkan Ia memberi kuasa menyampaikan perintahNya,
maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar
belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang
salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah
wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui
akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
25@ Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya
(yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang
mereka lakukan), dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua
kerjakan.
26@ Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang
beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari
limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan
(sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka
azab seksa yang seberat-beratnya.
27@ Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya,
nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-
perbuatan liar durjana), akan tetapi Allah menurunkan
(rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang
dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam
akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
28@ Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus
asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan
(ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi
Yang Maha Terpuji.
29@ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian
langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya
dari makhluk-makhluk yang melata, dan Ia Maha Kuasa
menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki
(melakukannya).
30@ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau
bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan
(dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam
pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa
kamu.
31@ Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada
menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan
diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit), dan kamu
juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah
(sebagai pelindung atau pemberi pertolongan).
32@ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal
(yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh
lautan.
33@ Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka
tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar
pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa
bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
34@ Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu
disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya, (lalu
setengahnya dibiarkan mati lemas) dan (setengahnya
diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari
dosa-dosa mereka.
35@ (Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan
supaya orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami
mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan
diri (dari azab seksa).
36@ Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia
hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan
(sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari
akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang
yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya,
37@ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang
keji, dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang
tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya,
38@ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan
sembahyang dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan
secara bermesyuarat sesama mereka, dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya,
39@ Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka
hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui
batas).
40@ Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu
kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya, dalam pada
itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik
(kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan
diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
41@ Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah
ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada
sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
42@ Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap
orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan
bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang
benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang
tidak berperi sakitnya.
43@ Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan
memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat (melakukannya).
44@ Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada
baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan
engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka
menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata, “ Adakah sebarang
jalan untuk kami kembali ke dunia ?”
45@ Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada
neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan
(yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya
dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang-orang yang
beriman pula berkata, “ Sesungguhnya orang-orang yang rugi
(dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya
sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan
sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah !
Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab
seksa yang kekal.”
46@ Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong (yang lain dari
Allah) yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka, dan
sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang
salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat
hidayah petunjuk).
47@ Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu
beriman), sebelum datangnya dari Allah (hari yang tidak dapat
ditolak), pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung
(dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan
untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).
48@ Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak
mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka,
tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang
diperintahkan kepadamu). Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila
Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami, ia
bergembira dengannya, dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa
sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan,
maka (mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang
mereka telah menikmatinya, kerana) sesungguhnya manusia itu
sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
49@ Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan
di bumi, Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, Ia
mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang
dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya.
50@ Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya (anak-anak lelaki
dan perempuan), dan Ia juga menjadikan sesiapa yang
dikehendakiNya, mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi
Maha Kuasa.
51@ Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah
berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan
diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan
mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan
(malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan
izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah
Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
52@ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad),
Al Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) perintah Kami,
engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu),
apakah Kitab (Al Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah
iman itu, akan tetapi Kami jadikan Al Quran, cahaya yang
menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami
kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al Quran itu
ke jalan yang lurus,
53@ Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah ! Kepada Allah
jualah kembali segala urusan.
*****
[English Version of Al Quran] 042. Surah Ash Shura (The
Consultation)...
1@ Ha Mim.
2@ 'Ain Sin Qaf. [These letters are one of the miracles of the
Qur'an, and none but Allah (Alone) knows their meanings].
3@ Likewise Allah, the All Mighty, the All Wise inspires you
(O Muhammad ) as (He inspired) those before you.
4@ To Him belongs all that is in the heavens and all that is
in the earth, and He is the Most High, the Most Great.
5@ Nearly the heavens might rent asunder from above them (by
His Majesty), and the angels glorify the praises of their
Lord, and ask for forgiveness for those on the earth, verily,
Allah is the Oft Forgiving, the Most Merciful.
6@ And as for those who take as Auliya' (guardians,
supporters, helpers, protectors, etc.) others besides Him
[i.e. they take false deities other than Allah (as)
protectors, and they worship them], Allah is Hafiz (Protector)
over them (i.e. takes care of their deeds and will recompense
them), and you (O Muhammad ) are not a Wakil (guardian or a
disposer of their affairs) over them (to protect their deeds,
etc.).
7@ And thus We have inspired unto you (O Muhammad ) a Qur'an
(in Arabic) that you may warn the Mother of the Towns (Makkah)
and all around it. And warn of the Day of Assembling, of which
there is no doubt, when a party will be in Paradise (those who
believed in Allah and followed what Allah's Messenger brought
them) and a party in the blazing Fire (Hell) (those who
disbelieved in Allah and followed not what Allah's Messenger
brought them).
8@ And if Allah had willed, He could have made them one
nation, but He admits whom He wills to His Mercy. And the
Zalimun (polytheists and wrong doers, etc.) will have neither
a Wali (protector) nor a helper.
9@ Or have they taken (for worship) Auliya' (guardians,
supporters, helpers, protectors, etc.) besides Him ? But
Allah, He Alone is the Wali (Protector, etc.). And it is He
Who gives life to the dead, and He is Able to do all things.
10@ And in whatsoever you differ, the decision thereof is with
Allah (He is the ruling Judge). (And say O Muhammad to these
polytheists), " Such is Allah, my Lord in Whom I put my trust,
and to Him I turn in all of my affairs and in repentance."
11@ The Creator of the heavens and the earth. He has made for
you mates from yourselves, and for the cattle (also) mates. By
this means He creates you (in the wombs). There is nothing
like unto Him, and He is the All Hearer, the All Seer.
12@ To Him belong the keys of the heavens and the earth, He
enlarges provision for whom He wills, and straitens (it for
whom He wills). Verily ! He is the All Knower of everything.
13@ He (Allah) has ordained for you the same religion (Islam)
which He ordained for Nuh (Noah), and that which We have
inspired in you (O Muhammad), and that which We ordained for
Ibrahim (Abraham), Musa (Mosesý) and 'Iesa (Jesus) saying you
should establish religion (i.e. to do what it orders you to do
practically), and make no divisions in it (religion) (i.e.
various sects in religion). Intolerable for the Mushrikun, is
that to which you (O Muhammad) call them. Allah chooses for
Himself whom He wills, and guides unto Himself who turns to
Him in repentance and in obedience.
14@ And they divided not till after knowledge had come to
them, through selfish transgression between themselves. And
had it not been for a Word that went forth before from your
Lord for an appointed term, the matter would have been settled
between them. And verily, those who were made to inherit the
Scripture [i.e. the Taurah (Torah) and the Injeel (Gospel)]
after them (i.e. Jews and Christians) are in grave doubt
concerning it (i.e. Allah's true religion Islam or the
Qur'an).
15@ So unto this (religion of Islam, alone and this Qur'an)
then invite (people) (O Muhammad), and Istaqim [(i.e. stand
firm and straight on Islamic Monotheism by performing all that
is ordained by Allah (good deeds, etc.), and by abstaining
from all that is forbidden by Allah (sins and evil deeds,
etc.)], as you are commanded, and follow not their desires but
say, " I believe in whatsoever Allah has sent down of the Book
[all the holy Books, this Qur'an and the Books of the old from
the Taurat (Torah), or the Injeel (Gospel) or the Pages of
Ibrahim (Abraham)] and I am commanded to do justice among you,
Allah is our Lord and your Lord. For us our deeds and for you
your deeds. There is no dispute between us and you. Allah will
assemble us (all), and to Him is the final return."
16@ And those who dispute concerning Allah (His Religion of
Islamic Monotheism, with which Muhammad has been sent), after
it has been accepted (by the people), of no use is their
dispute before their Lord, and on them is wrath, and for them
will be a severe torment.
17@ It is Allah Who has sent down the Book (the Qur'an) in
truth, and the Balance (i.e. to act justly). And what can make
you know that perhaps the Hour is close at hand ?
18@ Those who believe not therein seek to hasten it, while
those who believe are fearful of it, and know that it is the
very truth. Verily, those who dispute concerning the Hour are
certainly in error far away.
19@ Allah is very Gracious and Kind to His slaves. He gives
provisions to whom He wills. And He is the All Strong, the
All Mighty.
20@ Whosoever desires (with his deeds) the reward of the
Hereafter, We give him increase in his reward, and whosoever
desires the reward of this world (with his deeds), We give him
thereof (what is written for him), and he has no portion in
the Hereafter.
21@ Or have they partners with Allah (false gods), who have
instituted for them a religion which Allah has not allowed.
And had it not been for a decisive Word (gone forth already),
the matter would have been judged between them. And verily,
for the Zalimun (polytheists and wrong doers), there is a
painful torment.
22@ You will see (on the Day of Resurrection), the Zalimun
(polytheists and wrong doers, etc.) fearful of that which they
have earned, and it (Allah's Torment) will surely befall them,
while those who believe (in the Oneness of Allah Islamic
Monotheism) and do righteous deeds (will be) in the flowering
meadows of the Gardens (Paradise), having what they wish from
their Lord. That is the supreme Grace, (Paradise).
23@ That is (the Paradise) whereof Allah gives glad tidings to
His slaves who believe (in the Oneness of Allah Islamic
Monotheism) and do righteous good deeds. Say (O Muhammad),
" No reward do I ask of you for this except to be kind to me
for my kindship with you." And whoever earns a good righteous
deed, We shall give him an increase of good in respect
thereof. Verily, Allah is Oft Forgiving, Most Ready to
appreciate (the deeds of those who are obedient to Him)."
24@ Or say they, " He has invented a lie against Allah ?" If
Allah willed, He could have sealed your heart (so that you
forget all that you know of the Qur'an). And Allah wipes out
falsehood, and establishes the truth (Islam) by His Word (this
Qur'an). Verily, He knows well what (the secrets) are in the
breasts (of mankind).
25@ And He it is Who accepts repentance from His slaves, and
forgives sins, and He knows what you do.
26@ And He answers (the invocation of) those who believe (in
the Oneness of Allah Islamic Monotheism) and do righteous good
deeds, and gives them increase of His Bounty. And as for the
disbelievers, theirs will be a severe torment.
27@ And if Allah were to enlarge the provision for His slaves,
they would surely rebel in the earth, but He sends down by
measure as He wills. Verily ! He is in respect of His slaves,
the Well Aware, the All Seer (of things that benefit them).
28@ And He it is Who sends down the rain after they have
despaired, and spreads abroad His Mercy. And He is the Wali
(Helper, Supporter, Protector, etc.), Worthy of all Praise.
29@ And among His Ayat (proofs, evidences, lessons, signs,
etc.) is the creation of the heavens and the earth, and
whatever moving (living) creatures He has dispersed in them
both. And He is All Potent over their assembling (i.e.
resurrecting them on the Day of Resurrection after their
death, and dispersion of their bodies) whenever He will.
30@ And whatever of misfortune befalls you, it is because of
what your hands have earned. And He pardons much. (See the
Qur'an Verse 35:45).
31@ And you cannot escape from Allah (i.e. His Punishment) in
the earth, and besides Allah you have neither any Wali
(guardian or a protector) nor any helper.
32@ And among His Signs are the ships, in the sea, like
mountains.
33@ If He wills, He causes the wind to cease, then they would
become motionless on the back (of the sea). Verily, in this
are signs for everyone patient and grateful.
34@ Or He may destroy them (by drowning) because of that which
their (people) have earned. And He pardons much.
35@ And those who dispute (polytheists, etc. with Our
Messenger Muhammad) as regards Our Ayat (proofs, signs,
verses, etc. of Islamic Monotheism) may know that there is no
place of refuge for them (from Allah's punishment).
36@ So whatever you have been given is but a passing enjoyment
for this worldly life, but that which is with Allah (Paradise)
is better and more lasting for those who believe (in the
Oneness of Allah Islamic Monotheism) and put their trust in
their Lord (concerning all of their affairs).
37@ And those who avoid the greater sins, and Al Fawahish
(illegal sexual intercourse, etc.), and when they are angry,
they forgive,
38@ And those who answer the Call of their Lord [i.e. to
believe that He is the only One Lord (Allah), and to worship
none but Him Alone], and perform As Salat (Iqamat as Salat),
and who (conduct) their affairs by mutual consultation, and
who spend of what We have bestowed on them,
39@ And those who, when an oppressive wrong is done to them,
they take revenge.
40@ The recompense for an evil is an evil like thereof, but
whoever forgives and makes reconciliation, his reward is due
from Allah. Verily, He likes not the Zalimun (oppressors,
polytheists, and wrong doers, etc.).
41@ And indeed whosoever takes revenge after he has suffered
wrong, for such there is no way (of blame) against them.
42@ The way (of blame) is only against those who oppress men
and wrongly rebel in the earth, for such there will be a
painful torment.
43@ And verily, whosoever shows patience and forgives that
would truly be from the things recommended by Allah.
44@ And whomsoever Allah sends astray, for him there is no
Wali (protector) after Him. And you will see the Zalimun
(polytheists, wrong doers, oppressors, etc.) when they behold
the torment, they will say, " Is there any way of return (to
the world) ?"
45@ And you will see them brought forward to it (Hell) made
humble by disgrace, (and) looking with stealthy glance. And
those who believe will say, " Verily, the losers are they who
lose themselves and their families on the Day of Resurrection.
Verily, the Zalimun [i.e. Al Kafirun (disbelievers in Allah,
in His Oneness and in His Messenger, polytheists, wrong doers,
etc.)] will be in a lasting torment."
46@ And they will have no Auliya' (protectors) to help them
other than Allah. And he whom Allah sends astray, for him
there is no way.
47@ Answer the Call of your Lord (i.e. accept the Islamic
Monotheism, O mankind, and jinns) before there comes from
Allah a Day which cannot be averted. You will have no refuge
on that Day nor there will be for you any denying (of your
crimes as they are all recorded in the Book of your deeds).
48@ But if they turn away (O Muhammad from the Islamic
Monotheism, which you have brought to them). We have not sent
you (O Muhammad) as a Hafiz (protector) over them (i.e. to
take care of their deeds and to recompense them). Your duty is
to convey (the Message). And verily, when We cause man to
taste of Mercy from Us, he rejoices thereat, but when some ill
befalls them because of the deeds which their hands have sent
forth, then verily, man (becomes) ingrate !
49@ To Allah belongs the kingdom of the heavens and the earth.
He creates what He wills. He bestows female (offspring) upon
whom He wills, and bestows male (offspring) upon whom He
wills.
50@ Or He bestows both males and females, and He renders
barren whom He wills. Verily, He is the All Knower and is Able
to do all things.
51@ It is not given to any human being that Allah should speak
to him unless (it be) by Inspiration, or from behind a veil,
or (that) He sends a Messenger to reveal what He wills by His
Leave. Verily, He is Most High, Most Wise .
52@ And thus We have sent to you (O Muhammad) Ruhan (an
Inspiration, and a Mercy) of Our Command. You knew not what is
the Book, nor what is Faith ? But We have made it (this
Qur'an) a light where with We guide whosoever of Our slaves We
will. And verily, you (O Muhammad) are indeed guiding
(mankind) to the Straight Path (i.e. Allah's religion of
Islamic Monotheism).
53@ The Path of Allah, to Whom belongs all that is in the
heavens and all that is in the earth. Verily, all the matters
at the end go to Allah (for decision).😇😇😇
Al Quran Indonesia. 041. Surah Fussilat (DiJelaskan)...
Al Quran Indonesia. 041. Surah Fussilat (DiJelaskan)...
BismillahirRahmanirRahim.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1@ Haa, Miim.
2@ Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
3@ Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu,
iaitu Al Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah
orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
4@ Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang
beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar),
dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu
mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka
tidak menerima dan tidak mematuhinya.
5@ Dan mereka berkata, “ Hati kami dalam tutupan yang
berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang
engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat
(menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara
kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita), oleh
itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga
tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami) !“
6@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan
kamu hanyalah Tuhan yang Satu, maka hendaklah kamu tetap teguh
di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai
keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa
kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi
orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang
lain),
7@ Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk
membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur
ingkar akan adanya hari akhirat.”
8@ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-
putus.
9@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Sesungguhnya tidak patut
kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa,
dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya ! Yang demikian
(sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam,
10@ Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya
(tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat
padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan
hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta
dan dikehendaki oleh keadaan mereka, (semuanya itu berlaku)
dalam empat masa.
11@ Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan)
langit sedang langit itu masih berupa asap, lalu Ia berfirman
kepadanya dan kepada bumi, “ Turutlah kamu berdua akan
perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa !”
Keduanya menjawab, “ Kami berdua sedia menurut, patuh dengan
sukarela.”
12@ Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa, dan Ia
memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan
keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat
(pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang
yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan
sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui.
13@ Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada
mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka
katakanlah (wahai Muhammad), “ Aku memberi amaran kepada kamu
dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang
telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud !”
14@ (Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi
Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan
hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka),
“ Janganlah kamu menyembah melainkan Allah.”, mereka menjawab,
“ Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Ia
akan menurunkan malaikat, oleh itu sesungguhnya kami kufur
ingkar akan apa yang (kamu katakan), kamu diutus membawanya !”
15@ Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur
di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta
berkata, “ Siapakah yang lebih kuat dari kami ?” Dan (mengapa
mereka bersikap demikian ?) Tidakkah mereka memerhatikan
bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada)
adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka ? Dan sememangnya
mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang
mereka sedia mengetahuinya).
16@ Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang
dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak
merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan
dunia, dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar
kehinaannya, sedang mereka tidak diberikan pertolongan
(menghindarkan azab itu).
17@ Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya,
lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk,
mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab
apa yang mereka telah lakukan.
18@ Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka
tetap bertaqwa.
19@ Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk
dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan
perjalanannya masing-masing.
20@ Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka)
pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka
menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah
kerjakan.
21@ Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka
kepada kulit-kulit badan mereka, “ Mengapa kamu menjadi saksi
terhadap kami ?” Kulit-kulit badan mereka menjawab, “ Allah
yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata
(telah menjadikan kami dapat berkata-kata), dan Dialah yang
menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu
dikembalikan (untuk menerima balasan).
22@ Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa
di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran
dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi
terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan
tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui
kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu)."
23@ “ Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka
terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu,
(dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu
dari orang-orang yang rugi !”
24@ Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau
sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal
mereka, dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat
keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang
yang diterima permohonannya.
25@ Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin
dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka
(fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang
ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada
di belakang mereka, dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman
(azab) atas mereka bersama-sama dengan umat-umat (yang sesat)
dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka.
Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan
hidupnya).
26@ Dan orang-orang yang kafir berkata, “ Janganlah kamu
mendengar Al Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian-
nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak),
supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan
suara pembacanya) !”
27@ Maka, demi sesungguhnya ! Kami akan merasakan orang-orang
yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan
membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang
mereka telah kerjakan.
28@ Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu
neraka, disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal
didalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka, sentiasa
mengingkari ayat-ayat Kami.
29@ Dan orang-orang yang kafir berkata, “ Wahai Tuhan kami !
Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan
kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka
di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang
terkebawah dalam kehinaan.”
30@ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya
dengan berkata, “ Tuhan kami ialah Allah.”, kemudian mereka
tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat
kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham),
“ Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak
baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan
terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang
telah dijanjikan kepada kamu.
31@ Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan
pada hari akhirat, dan kamu akan beroleh (pada hari akhirat)
apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh
(pada hari itu) apa yang kamu cita-citakan mendapatnya."
32@ “ (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai
sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani !”
33@ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata,
“ Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang
berserah bulat-bulat kepada Allah) !”
34@ Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang
baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang
ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila
engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa
permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-
olah seorang sahabat karib.
35@ Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan
diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan
tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang
yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan
akhirat.
36@ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan,
maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Ta'awuz, “ Auzubillahi minas syaitanir rajim" (Aku berlindung
dengan Allah daripada syaitan yang direjam).]
37@ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan
siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada
matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya
hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau
betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.
38@ Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya
(daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka
tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-
malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya
pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu.
39@ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat
bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka
apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang
menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-
makhluk yang telah mati, sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu.
40@ Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang
benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung
keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah
demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka
lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan
selamat pada hari kiamat ? (Katakanlah kepada orang-orang yang
menyeleweng itu), “ Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya
Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan
membalasnya).”
41@ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap
Al Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab
seksa yang tidak terperi), sedang Al Quran itu, demi
sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi,
42@ Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-
mana arah dan seginya, ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha
Bijaksana, lagi Maha Terpuji.
43@ Apa yang dikatakan kepadamu (wahai Muhammad, dari celaan-
celaan golongan yang ingkar, tidak lain) hanyalah seperti yang
pernah dikatakan kepada Rasul-rasul yang terdahuhu daripadamu.
(Oleh itu bersabarlah dengan cekal hati menghadapinya),
sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya
(kepada orang-orang yang taat), dan berkuasa penuh menimpakan
azab seksa yang tidak terperi sakitnya (kepada orang-orang
yang ingkar).
44@ Dan kalaulah Al Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam
bahasa asing, tentulah mereka akan berkata, “ Mengapa tidak
dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami) ?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang
membawanya berbangsa Arab ?” Katakanlah (wahai Muhammad),
“ Al Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi
orang-orang yang beriman, dan sebaliknya orang-orang yang
tidak beriman, (Al Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit
yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar), dan ia juga
merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan
cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan
diri dari ajaran Al Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang
yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat
mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”
45@ Dan (janganlah engkau merasa kecewa wahai Muhammad tentang
keingkaran kaummu, kerana) demi sesungguhnya ! Kami telah
memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku
pertentangan mengenainya. Dan kalaulah tidak kerana telah
terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan
hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah
dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan
sesungguhnya mereka (kaummu) masih menaruh syak yang meragukan
tentang (kebenaran Al Quran) itu.
46@ Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat
kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri, dan
Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
47@ Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jualah kembalinya soal
mengetahui masa datangnya hari kiamat, dan (demikianlah tiap-
tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya)
tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan
mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada
masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah.
Dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan
bertanya kepada mereka), “ Mana dia makhluk-makhluk yang kamu
sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu ?” Mereka menjawab, “ Kami
mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada
di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana
anggapan kami dahulu telah nyata salahnya) !”
48@ Dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang
mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolongannya), dan
yakinlah mereka bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka
melepaskan diri (dari azab seksa).
49@ Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia
ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat
berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari
rahmat pertolongan Allah).
50@ Dan demi sesungguhnya ! Jika Kami beri dia merasai sesuatu
rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan,
berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur), “ Ini ialah
hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa
hari kiamat akan berlaku, dan kalaulah aku dikembalikan kepada
Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan
di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini) !” Maka demi
sesungguhnya ! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang
kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah
kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang
seberat-beratnya.
51@ Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,
berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur), dan
apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan
panjang lebar.
52@ Katakanlah (wahai Muhammad), “ Sudahkah nampak baiknya
keadaan kamu jika Al Quran ini (yang datangnya) dari Allah
kemudian kamu mengingkarinya ? Siapakah yang lebih sesat
daripada orang yang tetap berada dalam perbalahan dan
pertentangan, yang menyimpang jauh dari kebenaran ?”
53@ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan
Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas
ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa Al Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka)
bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu ?
54@ Ingatlah ! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar)
sentiasa berada di dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang
pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah ! Sesungguhnya Allah
Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.
*****
[English Version of Al Quran] 041. Surah Fussilat (Explained
in Detail)...
1@ Ha Mim. [These letters are one of the miracles of the
Qur'an, and none but Allah (Alone) knows their meanings.]
2@ A revelation from Allah, the Most Beneficent, the Most
Merciful.
3@ A Book whereof the Verses are explained in detail, A Qur'an
in Arabic for people who know.
4@ Giving glad tidings [of Paradise to the one who believes in
the Oneness of Allah (i.e. Islamic Monotheism) and fears Allah
much (abstains from all kinds of sins and evil deeds) and
loves Allah much (performing all kinds of good deeds which He
has ordained)], and warning (of punishment in the Hell Fire to
the one who disbelieves in the Oneness of Allah), but most of
them turn away, so they listen not.
5@ And they say, " Our hearts are under coverings (screened)
from that to which you invite us, and in our ears is deafness,
and between us and you is a screen, so work you (on your way),
verily, we are working (on our way)."
6@ Say (O Muhammad ), " I am only a human being like you. It
is inspired in me that your Ilah (God) is One Ilah
(God, Allah), therefore take Straight Path to Him (with true
Faith Islamic Monotheism) and obedience to Him, and seek
forgiveness of Him. And woe to Al Mushrikun (the disbelievers
in the Oneness of Allah, polytheists, idolaters, etc. see
V.2:105).
7@ Those who give not the Zakat and they are disbelievers in
the Hereafter.
8@ Truly, those who believe (in the Oneness of Allah Islamic
Monotheism, and in His Messenger Muhammad) and do righteous
good deeds, for them will be an endless reward that will never
stop (i.e. Paradise).
9@ Say (O Muhammad ), " Do you verily disbelieve in Him Who
created the earth in two Days and you set up rivals (in
worship) with Him ? That is the Lord of the 'Alamin (mankind,
jinns and all that exists).
10@ He placed therein (i.e. the earth) firm mountains from
above it, and He blessed it, and measured therein its
sustenance (for its dwellers) in four Days equal (i.e. all
these four 'days' were equal in the length of time), for all
those who ask (about its creation)."
11@ Then He Istawa (rose over) towards the heaven when it was
smoke, and said to it and to the earth, " Come both of you
willingly or unwillingly." They both said, " We come,
willingly."
12@ Then He completed and finished from their creation (as)
seven heavens in two Days and He made in each heaven its
affair. And We adorned the nearest (lowest) heaven with lamps
(stars) to be an adornment as well as to guard (from the
devils by using them as missiles against the devils). Such is
the Decree of Him the All Mighty, the All Knower.
13@ But if they turn away, then say (O Muhammad ), " I have
warned you of a Sa'iqah (a destructive awful cry, torment,
hit, a thunderbolt) like the Sa'iqah which overtook 'Ad and
Thamud (people)."
14@ When the Messengers came to them, from before them and
behind them (saying), " Worship none but Allah" They said,
" If our Lord had so willed, He would surely have sent down
the angels. So indeed ! We disbelieve in that with which you
have been sent."
15@ As for 'Ad, they were arrogant in the land without right,
and they said, " Who is mightier than us in strength ?" See
they not that Allah, Who created them was mightier in strength
than them. And they used to deny Our Ayat (proofs, evidences,
verses, lessons, revelations, etc.) !
16@ So We sent upon them furious wind in days of evil omen
(for them) that We might give them a taste of disgracing
torment in this present worldly life, but surely the torment
of the Hereafter will be more disgracing, and they will never
be helped.
17@ And as for Thamud, We showed and made clear to them the
Path of Truth (Islamic Monotheism) through Our Messenger,
(i.e. showed them the way of success), but they preferred
blindness to guidance, so the Sa'iqah (a destructive awful
cry, torment, hit, a thunderbolt) of disgracing torment seized
them, because of what they used to earn.
18@ And We saved those who believed and used to fear Allah,
keep their duty to Him and avoid evil.
19@ And (remember) the Day that the enemies of Allah will be
gathered to the Fire, so they will be collected there (the
first and the last).
20@ Till, when they reach it (Hell fire), their hearing (ears)
and their eyes, and their skins will testify against them as
to what they used to do.
21@ And they will say to their skins, " Why do you testify
against us ?" They will say, " Allah has caused us to speak,
as He causes all things to speak, and He created you the first
time, and to Him you are made to return."
22@ And you have not been hiding against yourselves, lest your
ears, and your eyes, and your skins testify against you, but
you thought that Allah knew not much of what you were doing.
23@ And that thought of yours which you thought about your
Lord, has brought you to destruction, and you have become
(this Day) of those utterly lost !
24@ Then, if they have patience, yet the Fire will be a home
for them, and if they beg for to be excused, yet they are not
of those who will ever be excused.
25@ And We have assigned them (devils) intimate companions
(in this world), who have made fair seeming to them, what was
before them (evil deeds which they were doing in the present
worldly life and disbelief in the Reckoning and the
Resurrection, etc.) and what was behind them (denial of the
matters in the coming life of the Hereafter as regards
punishment or reward, etc.). And the Word (i.e. the torment)
is justified against them as it was justified against those
who were among the previous generations of jinns and men that
had passed away before them. Indeed they (all) were the
losers.
26@ And those who disbelieve say, " Listen not to this Qur'an,
and make noise in the midst of its (recitation) that you may
overcome."
27@ But surely, We shall cause those who disbelieve to taste a
severe torment, and certainly, We shall requite them the worst
of what they used to do.
28@ That is the recompense of the enemies of Allah, The Fire,
therein will be for them the eternal home, a (deserving)
recompense for that they used to deny Our Ayat (proofs,
evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.).
29@ And those who disbelieve will say, " Our Lord ! Show us
those among jinns and men who led us astray, we shall crush
them under our feet, so that they become the lowest."
30@ Verily, those who say, " Our Lord is Allah (Alone)," and
then they Istaqamu, on them the angels will descend (at the
time of their death) (saying), " Fear not, nor grieve ! But
receive the glad tidings of Paradise which you have been
promised !"
31@ " We have been your friends in the life of this world and
are (so) in the Hereafter. Therein you shall have (all) that
your inner selves desire, and therein you shall have (all) for
which you ask for.
32@ An entertainment from (Allah), the Oft Forgiving, Most
Merciful."
33@ And who is better in speech than he who [says, " My Lord
is Allah (believes in His Oneness)," and then stands straight
(acts upon His Order), and invites (men) to Allah's (Islamic
Monotheism), and does righteous deeds, and says, " I am one of
the Muslims."
34@ The good deed and the evil deed cannot be equal. Repel
(the evil) with one which is better (i.e. Allah ordered the
faithful believers to be patient at the time of anger, and to
excuse those who treat them badly), then verily ! he, between
whom and you there was enmity, (will become) as though he was
a close friend.
35@ But none is granted it (the above quality) except those
who are patient, and none is granted it except the owner of
the great portion (of the happiness in the Hereafter, i.e.
Paradise and in this world of a high moral character).
36@ And if an evil whisper from Shaitan (Satan) tries to turn
you away (O Muhammad ) (from doing good, etc.), then seek
refuge in Allah. Verily, He is the All Hearer, the All Knower.
[Ta'awuz, A' udzu billa hi minash shaitho nirrojim, I seek
refuge with Allah from the accursed devil.]
37@ And from among His Signs are the night and the day, and
the sun and the moon. Prostrate not to the sun nor to the
moon, but prostrate to Allah Who created them, if you (really)
worship Him.
38@ But if they are too proud (to do so), then there are those
who are with your Lord (angels) glorify Him night and day, and
never are they tired.
39@ And among His Signs (in this), that you see the earth
barren, but when We send down water (rain) to it, it is
stirred to life and growth (of vegetations). Verily, He Who
gives it life, surely, (He) is Able to give life to the dead
(on the Day of Resurrection). Indeed ! He is Able to do all
things.
40@ Verily, those who turn away from Our Ayat (proofs,
evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc. by
attacking, distorting and denying them), are not hidden from
Us. Is he who is cast into the Fire better or he who comes
secure on the Day of Resurrection ? Do what you will. Verily !
He is All Seer of what you do (this is a severe threat to the
disbelievers).
41@ Verily, those who disbelieved in the Reminder (i.e. the
Qur'an) when it came to them (shall receive the punishment).
And verily, it is an honourable respected Book (because it is
Allah's Speech, and He has protected it from corruption,
etc.). (See V.15:9]
42@ Falsehood cannot come to it from before it or behind it
(it is) sent down by the All Wise, Worthy of all praise
(Allah).
43@ Nothing is said to you (O Muhammad) except what was said
to the Messengers before you. Verily, your Lord is the
Possessor of forgiveness, and (also) the Possessor of painful
punishment.
44@ And if We had sent this as a Qur'an in a foreign language
other than Arabic, they would have said, " Why are not its
Verses explained in detail (in our language) ? What ! (A Book)
not in Arabic and (the Messenger) an Arab ?" Say, " It is for
those who believe, a guide and a healing. And as for those who
disbelieve, there is heaviness (deafness) in their ears, and
it (the Qur'an) is blindness for them. They are those who are
called from a place far away (so they neither listen nor
understand).
45@ And indeed We gave Musa (Moses) the Scripture, but dispute
arose therein. And had it not been for a Word that went forth
before from your Lord, (the torment would have overtaken them)
and the matter would have been settled between them. But
truly, they are in grave doubt thereto (i.e. about the
Qur'an). [Tafsir Al Qurtubi, Vol. 15, Page 370]
46@ Whosoever does righteous good deed it is for (the benefit
of) his ownself, and whosoever does evil, it is against his
ownself, and your Lord is not at all unjust to (His) slaves.
47@ (The learned men) refer to Him (Alone) the knowledge of
the Hour. No fruit comes out of its sheath, nor does a female
conceive (within her womb), nor brings forth (young), except
by His Knowledge. And on the Day when He will call unto them
(polytheists) (saying), " Where are My (so called) partners
(whom you did invent) ?" They will say, " We inform You that
none of us bears witness to it (that they are Your
partners) !"
48@ And those whom they used to invoke before will fail them,
and they will perceive that they have no place of refuge (from
Allah's punishment).
49@ Man (the disbeliever) does not get tired of asking good
(things from Allah), but if an evil touches him, then he gives
up all hope and is lost in despair.
50@ And truly, if We give him a taste of mercy from us, after
some adversity (severe poverty or disease, etc.) has touched
him, he is sure to say, " This is for me (due to my merit), I
think not that the Hour will be established. But if I am
brought back to my Lord, Surely, there will be for me the best
(wealth, etc.) with Him." Then, We verily, will show to the
disbelievers what they have done and We shall make them taste
a severe torment.
51@ And when We show favour to man, he withdraws and turns
away, but when evil touches him, then he has recourse to long
supplications.
52@ Say, " Tell me, if it (the Qur'an) is from Allah, and you
disbelieve in it, who is more astray than one who is in
opposition far away (from Allah's Right Path and His
obedience)."
53@ We will show them Our Signs in the universe, and in their
ownselves, until it becomes manifest to them that this (the
Qur'an) is the truth. Is it not sufficient in regard to your
Lord that He is a Witness over all things ?
54@ Verily ! They are in doubt concerning the Meeting with
their Lord ? (i.e. Resurrection after their deaths, and their
return to their Lord). Verily ! He it is Who is surrounding
all things !
Friday, 19 February 2016
Al Quran Indonesia. 001. Surah Al Fatihah (Pembukaan)...
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1@ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
2@ Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam.
3@ Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4@ Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5@ Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada
Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6@ Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7@ Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
*****
[English Version of Al Quran] 01. Surah Al Fatihah (The
Opening)...
1@ In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most
Merciful.
2@ All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the
'Alamin (mankind, jinns and all that exists).
3@ The Most Beneficent, the Most Merciful.
4@ The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of
Recompense (i.e. the Day of Resurrection)
5@ You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help
(for each and everything).
6@ Guide us to the Straight Way,
7@ The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not
(the way) of those who earned Your Anger (such as the Jews),
nor of those who went astray (such as the Christians).